Friday, October 2, 2020

            E-FOLIO KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

PENSYARAH ͕PN. ROHANI BT ABU BAKAR

KELAS DAT1B 

       MPU 21032 

       JUN2020

PENGENALAN 

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.

Malaysia adalah masyarakat berbilang etnik, pelbagai budaya, dan pelbagai bahasa, dan banyak kumpulan etnik di Malaysia mengekalkan identiti kebudayaan yang berbeza. Masyarakat Malaysia telah digambarkan sebagai "Asia dalam miniatur"

KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA

  • Masakan Malaysia mencerminkan solekan pelbagai etnik penduduknya,dan ditakrifkan oleh kepelbagaiannya.Banyak budaya dari Malaysia dan kawasan sekitarnya telah banyak mempengaruhi masakan Malaysia, dengan pengaruh yang kuat dari masakan Melayu, Cina, India, Thailand, Jawa dan Iban.

   

  • Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik orang melayu terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Alat muzik cina pula ialah pipa, guzheng dan yangin. Alat muzik india pula ialah tabla, nadaswaram, pullangulal dan veenai. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.

  • Pemakaian Malaysia bagi kaum Melayu ialah baju kurung dan baju melayu. Baju kurung ialah sejenis baju longgar yang labuh dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju melayu pula merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian cina pula ialah cheongsam bagi perempun dan samfu bagi lelaki. Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butannya di bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Samfu pula merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki, mempunyai baju dan seluar diperbuat daripada kain yang nipis. Pemakaian bagi kaum india pula ialah sari iaitu dipakai oleh perempuan manakala kurta dipakai oleh lelaki. Sari ialah sebidang kain dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut dan dililit pada badan. Kurta pula ialah kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripasa kain kapas atau linen  

                 

  • Pemainan Malaysia bagi kaum melayu ialah Congkak, sepak takraw, wau dan gasing. Pemainan bagi kaum cina pula ialah go, xianggi(catur cina), yo-yo cina. Permainan bagi kaum india ialah kabadi  dan chaturangga.

     


KEPENTINGAN KEBUDAYAAN 
  1. Melambangkan identiti sebuah negara: Contohnya amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya,keunikan pakaian tradisional pelbagai, kaum yang pelbagai bentuk potongn dan cara pemakaian yang berwarna-warni.
  2. Memupuk perpaduan negara: Contohnya rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. 
  3. Menarik minat pelancong luar: Contohnya, salah satu tarikan pelncong ialah keunikan  budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyk pelancong mengunjungi malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita.
  4. Mengekalkan kesinambungan tamadun: Contohnya melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita dengan ini kita tidak lupa daratan, sebaliknya kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita dan dari sini kita akan mendapat iktibar.
PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.Ia merujuk cckepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

KEBAIKAN PERPADUAN
  1. Masyarakat kini hidup harmoni
  2. Dapat mengelakkan semangat assabiah
  3. Dapat membangunkan ekonomi negara
  4. Imej negara di mata dunia akan meningkat
  5. Dapat mengekalkan kestabilan politik

TUJUAN PERPADUAN
  1. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
  2. Masyarakat yang berbudaya penyayang
  3. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan brtoleransi
  4. Memupuk dan membina masyarakat makmur
  5. Menjamin masyarakatyg adil dan saksama ekonominya.
  6. Membina masyarakat yang maju dan sainstifik

KEPENTINGAN PERPADUAN 
  1. Mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera
  2. Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka
  3. Dapat meningkatkan kadar pelancong asing ke Malaysia
  4. Keamanan negara dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat malaysia

KESIMPULANYA

Perpaduan kaum memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.





AHLI KUMPULAN


NUR SARAHUSNA BINTI ABD RAHIM
03DAT20F1022

NUR FADHILAH BT MAT SAID
03DAT20F1031

NUR SYAFIQAH BINTI ABDUL RAHMAN
03DAT20F1013

NURUL NADIAH BINTI AZMI
03DAT20F1019

NUR AFIQAH BINTI MOHD ABU SALAM
03AT20F108 


RUJUKAN

  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia 
  • https://www.slideshare.net/mages79/kepelbagaian-budayamalaysia
  • https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perpaduan-kaum-asas-kejayaan-keamanan-dan-kestabilan-negara-219940
  • https://sarawakvoice.com/2019/08/21/perpaduan-kaum-penting-di-malaysia/
















9 comments:

              E-FOLIO  KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN PENSYARAH ͕ PN. ROHANI BT ABU BAKAR KELAS DAT1B         MPU 21032         JUN2020 PENGENALAN...